![]() |
| |||||||||||||||||||
|
Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Saya
Maka apabila anutan saya terhadap Islam mewajibkan saya menjadi Muslim di dalam sudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut saya berusaha menjadikan masyarakat yang saya hidup di dalamnya sebagai masyakat muslim. Adalah tidak memadai dengan saya menjadi muslim seorang diri sahaja sedangkan orang-orang di sekeliling saya tidak dihiraukan, kerana di antara kesan-kesan dari seruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia (jika ia telah benar-benar beriman) ialah ia merasai tanggungjawabnya terhadap orang lain dengan mengajak dan menasihati mereka dengan Islam serta ghairah mengambil berat ke atas mereka sebagai realisasi dari amaran Rasulullah: من بات ولم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم Yang bermaksud: "Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka". Bertitik tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas saya, iaitu tanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam kepada masyarakat. Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini, saya mestilah jadikan rumah-tangga saya sebuah rumah-tangga muslim. Saya mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil saya" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga saya, isteri-isteri saya, anak-anak saya, seterusnya kepada kaum kerabat saya yang dekat dan inilah cara yang dilakukan oleh Rasulullah di permulaan dakwahnya. Firman Allah:
Maksudnya: Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa. 214- Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. 215- Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (Surah Al-Syu'ara' 26: Ayat 213-215). Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawab ke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli keluarganya, rumah-tangganya dan anak-pinaknya. Berdasarkan dalil firman Allah: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah Al-Tahrim 66: Ayat 6) 4.1- Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga. Untuk membantu saya menjayakan usaha membina sebuah rumah-tangga yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian matlamat pembinaan rumah-tangga saya. Di antaranya ialah:
من تزوج امرأة لعزها لم يزده الله إلا ذلا ومن تزوجها لما لها لم يزده الله إلا فقرا ومن تزوجها لحسبها لم يزده الله إلا دناءة ومن تزوج امرأة لم يرد بها إلا أن يغض بصره ويحصن فرجه أو يصل رحمه بارك الله له فيها وبارك لها فيه "Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya) sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi sesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (dari perkara haram) atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya". 4.2- Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga. Sebenarnya pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh saya tidaklah bererti terlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebih besar segera bermula sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebut diperturunkan seperti berikut:
ما من أحد يطيع امرأة في ما تهوي إلا كبه الله في النار "Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannya ke dalam neraka". Rasulullah juga bersabda: لا يلقي الله أحد بذنب أعظم من جهالة أهله "Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilan isterinya". Sabda baginda lagi: تعس عبد الزوجة "Celakalah orang yang menjadi hamba isterinya". 4.3- Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak. Sebenarnya kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang salihah dan membentuk pasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham yang sangat besar dalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalan perkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada keburukan dan keruntuhan ke atas rumah-tangga seluruhnya. Apapun pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan memberi kesan secara langsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa mereka. Ekoran dari ini sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikian anasir yang pertama yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan perkahwinan menurut yang dianjurkan oleh Islam. Pada hakikatnya hasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam ialah melahirkan keturunan yang salih seperti firman Allah: وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25: Ayat 74) Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih bila mendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika ia hidup membesar dalam suasana keluarga yang terpesong dan menyeleweng ia juga akan turut terpesong dan menyeleweng sebagaimana sabda Nabi s.a.w: يولد الولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. (Muttafaqun 'Alaih) Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anak-anak serta menggesa supaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin terlaksana tarbiah yang baik. Rasulullah bersabda: لأن يؤذب الرجل ولده خير له من أن يتصدق به بصاع "Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi). Rasulullah juga bersabda: ما نحل والد ولد من نحل أفضل من أدب حسن "Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia". Sabda baginda lagi: أكرموا أولادكم وأحسنوا أدبهم "Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak yang mulia". Sabda Rasulullah s.a.w: إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له "Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan): Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan (kebaikan) untuknya". |
![]() | ||||||||
|
|