![]() |
| |||||||||||||||||||
|
Peranan, Ciri-ciri dan Persediaan Harakah Islamiah Peranan Harakah Islamiyah ialah membawa manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah sama ada secara individu atau jama'ah dengan berusaha dan bekerja untuk menegakkan masyarakat Islam yang menjadikan Kitabullah (Al-Qur'an) dan Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai sumber hukum dan pengajarannya. Harakah Islamiyah ialah satu tanzim 'alami yang merangkumi para petugas dalam arena dakwah di seluruh pelosok muka bumi. Untuk mencapai matlamat di atas, Harakah Islamiyah menggunakan dakwah Islamiyah yang bersih lagi murni, sesuai dengan permasalahan dan tuntutan masa kini dan akan datang. Termasuk dalam cara ini ialah mengajak masyarakat supaya turut serta di dalam gerakan Islam dan menyusun mereka dalam gerakan tersebut. Dalam persediaannya pula mereka mestilah dididik supaya meyakini perjuangan ini supaya dengan keyakinan itu mereka akan bekerja untuk Islam dan berjihad di dalamnya. Di antara tuntutan yang dimaksudkan ialah menghapuskan penjajahan dan saki baki pemikiran dan falsafahnya, sama ada penjajah timur mahupun barat, sehingga umat Islam kembali semula kepada keperibadiannya yang asal dan bebas. Sejak hari-hari awalnya Harakah Islamiyah telah memberi perhatian berat dalam urusan membersihkan ajaran Islam dari saki baki bidaah dan khurafat dan mengemukakan Islam kepada orang ramai dalam bentuknya yang murni sesuai dengan keagungannya dan ketinggiannya. Harakah Islamiyah meyakini bahawa hukum-hukum Islam dan ajarannya bersifat sempurna dan menyeluruh, mampu menyusun seluruh urusan manusia di segala bidang. Harakah Islamiyah menganggap bahawa kaedah asasi yang menjadi tapak tertegaknya Islam di sepanjang sejarah manusia ialah kaedah "Lailaha illah" (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah) iaitu mengesakan Allah dalam uluhiyyah (ketundukan dan kepatuhan) dan hakimiyah (kehakiman dan perundangan) dengan pengertian mengesakan Allah di sudut 'akidah di dalam hati, di sudut ibadah terjelma di dalam syiar-syiar dan di sudut syariat pula terjelma di dalam realiti kehidupan. Harakah Islamyiah juga meyakini bahawa Islam adalah kekuatan asasi untuk membangunkan umat Islam, kekuatan asasi untuk menyelamatkan seluruh dunia, kekuatan asasi untuk membebaskan manusia dari belenggu penindasan taghut dan para pelaku kezaliman sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama seluruhnya hanya untuk Allah. Harakah Islamyiah berpendapat bahawa menerima dan mengamalkan sistem kapitalis, sosialisme, komunisme dan lain-lain sistem ciptaan manusia merupakan satu kekufuran terhadap Islam yang agung, menderhakai Allah pemilik alam semesta, perjalanan hidup yang tidak dipandukan oleh petunjuk Ilahi, meraba-raba dalam keadaan yang tidak memberikan apa-apa faedah, menghabiskan tenaga-upaya dan masa. Allah berfirman: æóãóäú íóÈúÊóÛö ÛóíúÑó ÇáúÅöÓúáóÇãö ÏöíäðÇ Ýóáóäú íõÞúÈóáó ãöäúåõ æóåõæó Ýöí ÇáúÂÎöÑóÉö ãöäó ÇáúÎóÇÓöÑöíäó Maksudnya: Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Al-'Imran 3: Ayat 85) Sebenarnya Al-Imam Hasan Al-Banna rahimahullah (semoga Allah meredainya) telah menyimpulkan tentang peranan Harakah Islamiyah dengan berkata: "Peranan kita secara umum ialah tegak berdiri menghadapi serangan arus taghut yang terdiri dari tamadun kebendaan, peradaban yang mementingkan kemewahan dan nafsu-syahwat, yang telah meratah bangsa-bangsa umat Islam. Tamadun ini telah menjauhkan umat dengan kepimpinan Nabi s.a.w dan petunjuk Al-Quran, ia telah menghalang alam jagat ini daripada cahaya petunjuk dan menyebabkan umat Islam mundur terkebelakang beratus-ratus tahun. Peranan ini mestilah berterusan sehinggalah bumi kita bebas dari belenggunya dan bangsa kita terselamat dari balanya. Dan peranan kita bukanlah terhad di sini sahaja malah kita akan menghadapi dan memerangi peradaban tersebut di bumi tempat kelahirannya sehingga seluruh alam ini akan melaungkan nama Nabi Muhammad s.a.w sehingga manusia semuanya meyakini Al-Quran dan naungan Islam akan meneduhi alam. Di saat inilah tercapainya cita-cita seorang muslim, maka di kala itu tiada lagi fitnah ke atas agama ini dan jadilah agama ini semata-mata bagi Allah. Firman Allah: Ýöí ÈöÖúÚö Óöäöíäó áöáøóåö ÇáúÃóãúÑõ ãöäú ÞóÈúáõ æóãöäú ÈóÚúÏõ æóíóæúãóÆöÐò íóÝúÑóÍõ ÇáúãõÄúãöäõæäó(4)ÈöäóÕúÑö Çááøóåö íóäúÕõÑõ ãóäú íóÔóÇÁõ æóåõæó ÇáúÚóÒöíÒõ ÇáÑøóÍöíãõ(5 )Maksudnya: Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; 5- Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al-Rum 30: Ayat 4-5) Inilah peranan dan tanggungjawab kita secara umum. Adapun secara terperincinya maka tanggungjawab kita kepada umat Islam ialah:
Harakah Islamiyah meyakini bahawa perbezaan dalam perkara-perkara cabang (furu'iyyah) dalam bidang fekah, adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian Harakah Islamiyah berusaha menyeru umat Islam supaya bersatu di atas dasar-dasar pokok (usul) ajaran Islam serta kaedah-kaedah yang telah disepakati. Berhubung dengan pendirian ini Al-Imam Hasan Al-Banna Rahimahullah merumuskan: "Kita bukanlah sebuah parti politik, sekalipun politik (siasah) yang berasaskan kaedah-kaedah Islam adalah intisari fikrah kita. Kita bukanlah pertubuhan kebajikan sekalipun amal kebajikan dan khairat adalah di antara tujuan gerakan kita yang sangat besar. Kita juga bukan perkumpulan riadah sekalipun riadah atau rekreasi dan riadah ruhiyyah adalah di antara wasilah-wasilah yang kita amalkan. Kita bukanlah sebuah jama'ahdalam pengertian seperti pertubuhan-pertubuhan tersebut kerana kelahiran pertubuhan tersebut adalah untuk matlamat-matlamat tertentu dan untuk jangka waktu yang tertentu pula. Boleh jadi pertubuhan-pertubuhan berkenaan ditubuhkan semata-mata kerana ingin mengadakan persatuan dan cita-cita inginkan gelaran dan kedudukan dalam pentadbiran dan organisasi tersebut. Tetapi perjuangan kita adalah perjuangan yang berdasarkan fikrah dan 'akidah, nizam dan manhaj yang tidak membataskan tujuan dan matlamat hanya kepada bangsa tertentu dan kawasan atau wilayah tertentu sahaja. Perjuangan kita tidak akan berhenti dengan penyelesaian masalah tertentu malah ia akan berterusan hingga ke hari Kiamat kerana Islam adalah sistem ciptaan Tuhan alam semesta ini dan manhaj Rasul-Nya yang paling dipercayai. Kita menyatakan kepada manusia secara tidak bermegah-megah bahawa kita adalah para pengikut angkatan sahabat Rasulullah s.a.w yang menjadi pembawa panji-panji Islam selepas kewafatan Baginda s.a.w. Kita adalah angkatan yang menjulang kembali bendera Rasulullah s.a.w sebagaimana para sahabat r.a telah melakukannya. Kita akan menyiarkan dakwah baginda sebagaimana yang telah disiarkan oleh mereka. Kita akan memelihara kandungan kitab suci Al-Quran sebagaimana para sahabat telah memeliharanya. Kita adalah pembawa berita gembira melalui dakwah baginda sebagaimana para sahabat telah melakukannya dan ia akan menjadi rahmat ke seluruh alam. Anda pasti akan mengetahui perkhabaran-perkhabarannya dalam sedikit masa lagi.
Ciri-ciri Khusus Harakah Islamiyah 1. Menjauhi Pengaruh Pemerintahan dan Ahli-ahli Politik. Adalah menjadi kebiasaan bahawa sebahagian dari anggota Harakah Islamiyah adalah terdiri dari pegawai pemerintah dan ahli-ahli politik. Dengan keanggotaan seperti ini mestilah dijaga supaya Harakah Islamiyah tidak diperalat dan diperdagang oleh dua golongan di atas, agar ia kekal dengan sifat bersih, benar dan ikhlas dalam perjuangan. 2. Beransur-ansur Dalam Setiap gerak Langkah. Harakah Islamiyah mestilah beransur-ansur dalam gerak kerjanya kerana ia menyedari bahawa jalan yang akan dilalui adalah hebat dan jauh manakala matlamatnya pula adalah besar dan mulia. Sebenarnya beransur-ansur di dalam langkah-langkah kerja dan memberikan tumpuan kepada kerja-kerja tertentu mengikut keperluan akan membawa jama'ah kepada matlamat sebagaiman yang dikehendaki. Al-Imam Hassan Al-Banna telah menetapkan bahawa dakwah ini mempunyai tiga marhalah iaitu:
"Dakwah pada peringkat ini adalah jihad yang tidak mengenal penat lelah dan kerehatan malah amal yang tidak mengenal putus asa demi mencapai matlamat yang diperjuangkan. Ujian dan cabaran tidak dapat dihadapi melainkan oleh orang-orang yang benar keimanannya. Kejayaan di peringkat ini tidak akan dapat dicapai kecuali dengan cara memberi ketaatan yang sempurna dan mutlak". 3. Mengutamakan Kerja dan Hasil Dari Propaganda. Sebenarnya Harakah Islamiyah mengambil pendirian demikian adalah kerana beberapa perkara yang di antaranya ialah:
"Mintalah pertolongan dalam melaksanakan hajat-hajat kamu dengan (cara) rahsia". 4. Siasah Nafas Panjang. Tanggungjawab yang besar dan berat yang dibebankan ke atas bahu para petugas di medan dakwah membuktikan betapa perjalanan dakwah ini adalah panjang dan jauh, gerak kerjanya terlalu sukar dan jihadnya adalah sengit. Oleh itu mereka yang mengikuti jalan ini wajib mempunyai persediaan untuk menghadapi segala bentuk kekerasan, kesukaran dan pengorbanan. Allah berfirman: ÃóÍóÓöÈó ÇáäøóÇÓõ Ãóäú íõÊúÑóßõæÇ Ãóäú íóÞõæáõæÇ ÁóÇãóäøóÇ æóåõãú áóÇ íõÝúÊóäõæäó(2)æóáóÞóÏú ÝóÊóäøóÇ ÇáøóÐöíäó ãöäú ÞóÈúáöåöãú ÝóáóíóÚúáóãóäøó Çááøóåõ ÇáøóÐöíäó ÕóÏóÞõæÇ æóáóíóÚúáóãóäøó ÇáúßóÇÐöÈöíäó Maksudnya: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Surah Al-'Ankabut 29: Ayat 2-3) Orang-orang yang menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyah mestilah berpegang teguh kepada siasah nafas panjang, supaya dengan cara ini dakwah ke jalan Allah dapat dilakukan dengan pandangan yang jelas dan dengan niat menuntut keredaan Allah s.w.t. Mereka tidak akan mundur di tengah perjalanan dan tidak tergesa-gesa hendak merasai hasil kerja sebelum tiba waktunya. Ini semua tidak akan berlaku kecuali setelah mereka memahami bahawa kerajaan Islam adalah wasilah untuk mencapai matlamat perjuangan. Kalaulah sekiranya mereka berjaya melaksanakan pemerintahan Islam, mereka bersyukur kepada Allah. Jika mereka tidak berjaya, tidak pula berputus asa, tidak kecewa dan tidak akan merasa takut. Dengan usaha kerja tersebut bermakna mereka telah menunaikan amanah dan telah melaksanakan kewajipan dakwah, firman Allah: æóãóÇ ÇáäøóÕúÑõ ÅöáøóÇ ãöäú ÚöäúÏö Çááøóåö Maksudnya: "Dan kemenangan itu hanya dari Allah". (Surah Al-Anfal 8: ayat 10) Dan Firman Allah lagi: æóãóÇ ÊóÔóÇÁõæäó ÅöáøóÇ Ãóäú íóÔóÇÁó Çááøóåõ Maksudnya: "Dan kamu tidak (mampu melakukan) apa yang kamu kehendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah". (Surah Al-Insan 76: Ayat 30) Boleh jadi ada orang berkata: "Bagaimanakah keadaannya dengan parti-parti politik yang bertindak secara kotor dan menjadi talibarut penjajah telah berjaya menubuhkan kerajaan dan mendapat kekuasaan di sana-sini dalam waktu yang begitu singkat dengan cara yang begitu mudah? Untuk menjawab persoalan tersebut kita mengatakan bahawa kedua-dua jalan (jalan perjuangan Islam dan jalan parti-parti politik) itu adalah berbeza kerana Harakah Islamiyah tidak akan sampai kepada matlamatnya kecuali dengan cara yang berbeza dan bersih. Sekiranya anda rela ditunggangi oleh kekuatan seperti ini atau diperalat oleh penjajah atau yang seumpamanya anda akan mencapai tujuan seperti yang mereka sampai. Ingatlah firman Allah: ÝóáöÐóáößó ÝóÇÏúÚõ æóÇÓúÊóÞöãú ßóãóÇ ÃõãöÑúÊó æóáóÇ ÊóÊøóÈöÚú ÃóåúæóÇÁóåõãú Maksudnya: "Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 15) 5. Amal: Terus-terang dan Tanzim Rahsia. Seterusnya beramal untuk Islam tidak sepatutnya dijadikan sebagai suatu rahsia yang dijalankan oleh para pendakwah di belakang tabir, semata-mata kerana takut mereka ditangkap atau menganggap apa ymereka lakukan sebagai satu hikmah atau maslahah. Ini adalah kerana seruan Islam mestilah dilakukan secara lantang dan kalimah kebenaran mestilah diucapkan kerana orang yang berdiam diri dari memperkatakan kebenaran adalah syaitan yang bisu. Rasulullah s.a.w memperingatkan: "Barangsiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangan, jika ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan hatinya. Jika demikian itu adalah selemah-lemah iman". Oleh yang demikian seorang pendakwah itu mestilah memperkatakan tentang kalimah kebenaran di mana saja ia bekerja dan di mana saja beliau berada, sama ada kebenaran itu disuarakannya melalui perkataan yang mampu beliau ucapkan atau melalui perkataan yang mampu beliau ucapkan atau melalui tulisan yang mampu beliau sebarkan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah: ÇÏúÚõ Åöáóì ÓóÈöíáö ÑóÈøößó ÈöÇáúÍößúãóÉö æóÇáúãóæúÚöÙóÉö ÇáúÍóÓóäóÉö Maksudnya: "Serulah (semua manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat dan pengajaran yang baik". (Surah Al-Nahl 16: Ayat 125) Namun demikian kenyataan di atas tidaklah bermakna Harakah Islamiyah perlu mendedahkan segala perkara seperti taktik (khittah) dan penyusunan (tanzim). Secara mutlak dapatlah dikatakan bahawa pendedahan seperti ini tidaklah membawa apa-apa kebaikan bahkan perbuatan demikian menunjukkan kejahilan tentang Islam itu sendiri dan ini adalah mendedahkan harakah dan anggotanya kepada tipu daya jahat dan penyeksaan oleh musuh-musuh Islam. Kaedah yang mesti menjadi pegangan dalam hal ini ialah "Amal secara terus terang dan kerahsiaan tanzim". Ini berdasarkan amal yang ditujukan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sabdanya: "Mintalah pertolongan dalam memenuhi hajat kamu (dengan cara) rahsia". Sabdanya lagi: "Peperangan itu adalah tipu daya".
6. Pengasingan Jiwa Bukan Jasad. Sejak akhir-akhir ini banyak diperkatakan tentang Uzlah Syu'uriyyah (pengasingan jiwa) yang diutarakan oleh Al-Syahid Sayyid Qutb di mana beliau berkata: "Sesungguhnya menjadi satu kemestian supaya wujud satu barisan hadapan yang berazam mencapai cita-cita ini, terus mara di jalan ini, mara terus dalam menghancurkan jahiliyyah yang bermaharajalela di serata pelusuk bumi, mara terus dalam usaha mengasingkan jiwa dari satu sudut di samping mengadakan hubungan (jasadiyah) dengan jahiliyyah di sudut yang lain. Pengertian Uzlah yang dimaksudkan oleh Al-Syahid Sayyid Qutb di sini ialah 'uzlah syu'uriyyah' (pengasingan jiwa) dari dikotori atau dijangkiti oleh noda-noda masyarakat jahiliyyah, memisahkan jiwa dengan cara merasai ketinggian iman di samping terus mara dalam gerak kerja menghapuskan jahiliyyah dengan mendedahkan kepalsuan, mencabar kebatilan, terus berkorban dan berjihad tanpa takut kepada celaan orang-orang yang suka mencela. 'Uzlah di sini adalah bermakna perbezaan, yakni perbezaan di antara golongan yang beriman dengan golongan yang kufur, perbezaan dari sudut pemikiran dan pandangan, perbezaan dari sudut akhlak dan tatasusila hidup, perbezaan dari sudut perasaan dan kepekaan. Inilah bentuk 'uzlah yang diseru oleh Islam dan inilah ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w yang terdapat dalam banyak hadis. Antaranya yang bermaksud: "Jadilah kamu orang yang kuat daya ciumannya di kalangan manusia". Sabda Rasulullah s.a.w lagi, maksudnya: "Jangan seseorang dari kamu menjadi orang yang tidak punya pendirian dengan berkata: "Aku bersama orang ramai, jika sekiranya mereka berbuat baik aku pun berbuat baik, jika mereka melakukan kejahatan akupun turut melakukan kejahatan...tetapi hendaklah kamu menetapkan pendirian kamu, maka jika sekiranya manusia berbuat baik, maka hendaklah kamu berbuat baik, tetapi jika mereka berbuat jahat maka hendaklah kamu menjauhkan diri dari berbuat jahat terhadap mereka". Inilah pengertian 'uzlah yang dimaksudkan manakala dari sudut gerak kerja, harakah, pergaulan dan dakwah tidak ada 'uzlah sama sekali dan tidak ada pengasingan diri. Sekiranya berlaku pengasingan diri nescaya terhentilah gerak kerja, harakah, pergaulan dan dakwah. Dan ingatlah para petugas amal Islami hari ini berhadapan dengan berbagai kumpulan dan golongan manusia. Oleh itu mereka tidak harus berpegang kepada satu hukum atau satu cara sahaja dalam pergaulan dengan mereka. Manusia-manusia Yang Dihadapi Oleh Para Pendakwah.
Sikap dan pendirian para pendakwah terhadap golongan di atas semestinya berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan ini adalah atas perkiraan dekat atau jauhnya mereka dengan Islam, sejajar dengan penerimaan dan penolakan mereka terhadap Islam, yakni bergantung kepada sikap kepatuhan atau permusuhan mereka terhadap Islam. Ada di kalangan mereka perlu diberi bimbingan dan asuhan, ada pula yang perlu diberi kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang Islam, ada juga yang tidak boleh dihadapi kecuali dengan pedang sementara golongan yang lain pula menjadi penyakit yang sangat berbahaya. Kesemua ini menuntut para pendakwah mempunyai hubungan yang mendalam dan meluas dengan masyarakat, kerana masyarakat adalah bumi tempat mereka beramal dan berjihad. Tetapi bentuk hubungan para pendakwah dalam masyarakat adalah berbeza dengan cara orang biasa. Hubungan mereka adalah dengan bentuk usaha mempengaruhi (supaya menerima Islam) bukan dipengaruhi (oleh noda-noda jahiliyah), hubungan yang membawa kepada pembersihan, bukan hubungan yang membawa kepada kekotoran. Sesngguhnya benar apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w di mana baginda bersabda, maksudnya: "Sesaat kesabaran seseorang kamu di dalam medan jihad adalah lebih baik dari ibadah (biasa) seseorang kamu yang dilakukan selama enam puluh tahun."
7. Matlamat Tidak Menghalalkan Cara. Kuman-kuman kerosakan yang dibawa oleh aliran-aliran pemikiran dan sistem-sistem yang bukan Islam iaitu teori Micheaveli (yang berpegang kepada kaedah matlamat menghalalkan cara) atau dengan kata lain mengutamakan diri sendiri dengan cara melanggar prinsip-prinsip dan teori-teori yang mereka sendiri laungkan dan serukan. Berapa banyak dari doktrin dan keyakinan aliran pemikiran Micheaveli ini yang telah terkeluar dari landasannya apabila cuba dilaksanakan secara praktikal sama ada di peringkat pemerintahan ataupun di dalam peringkat perlaksanaan sistem parlimen. Pada hakikatnya aliran-aliran pemikiran ini tidak dapat menentukan untuk dirinya dan para penganutnya satu keyakinan yang dapat memelihara mereka dari melakukan penyelewengan dan sikap pura-pura. Mereka tidak membezakan sifat-sifat ini dengan apa yang mengambil tempat dalam kancah pertarungan politik dan pemikiran, mereka juga tidak dapat membezakan secara jelas dalam tindak tanduk ahli-ahli politik tradisional dan para pemimpin akidah. Oleh yang demikian maslahah atau kepentingan rakyat telah berubah menjadi kepentingan parti. Kepentingan parti pula bertukar menjadi kepentingan peribadi bagi pemimpin-pemimpin parti. Oleh yang demikian isu-isu yang berhubung dengan persoalan umat telah menjadi kertas kerja-kertas kerja yang membawa keuntungan, menjadi barang yang diperdagangkan, bolah ditawar-menawar di pasaran. Musuh di masa lampau, kini menjadi teman rapat, teman-teman rapat hari ini esoknya menjadi musuh ketat. Beginilah keadaannya hinggalah ideologi atau fahaman-fahaman ini tidak membawa sebarang erti lagi, yang tinggal hanayalah nama, sloganslogan yang dusta lagi palsu. Inilah keadaan yang berlaku dalam kancah perebutan kuasa dan ideologi-ideologi ciptaan manusia dan pertarungan inilah yang menjelaskan dan mendedahkan rahsia pergolakan yang tersembunyi dalam ideologi-ideologi tersebut dan inilah sebab yang membolehkannya berkembang dan mendapat kekuasaan dalam masa yang singkat. Pada hakikatnya ideologi-ideologi ini tidaklah terikat dengan akidah dan akhlak dalam erti kata yang sebenarnya malah ia juga tidak mempunyai sikap dan pendirian yang jelas. Yang ada pada mereka hanyalah strategi yang digunakan untuk menindas yang lain dan pertarungan yang sengit untuk mendapat ruang mempergunakan keadaan-keadaan tertentu dan memperniagakan persoalan-persoalan umat walaupun dengan harga yang murah, sekalipun terpaksa mengorbankan ummah itu sendiri atau bangsa seluruhnya. Tetapi apa yang berlaku dalam Islam dan apa yang diandaikan berlaku adalah berbeza sama-sekali dengan apa yang berlaku dalam ideologi-ideologi tersebut kerana Harakah Islamiyah tidak memisahkan dalam tindakan mereka di antara matlamat dan cara mencapainya, sama ada dari kewajipan syarak, akidah mahupun akhlak. Para petugas yang bekerja untuk Islam pula tidak bekerja kerana kepentingan diri atau menurut keinginan mereka sendiri, malahan mereka terikat dengan panduan-panduan tertentu, terikat dengan tuntutan akidah dan akhlak. Mereka sendiri tidak boleh melepaskan diri dari tuntutan-tuntutan tersebut atau bertindak merobohnya. Beberapa Penegasan.
""Jangan seseorang dari kamu menjadi orang yang tidak punya pendirian dengan berkata: "Aku bersama orang ramai, jika sekiranya mereka berbuat baik aku pun berbuat baik, jika mereka melakukan kejahatan akupun turut melakukan kejahatan...tetapi hendaklah kamu menetapkan pendirian kamu, maka jika sekiranya manusia berbuat baik, maka hendaklah kamu berbuat baik, tetapi jika mereka berbuat jahmaka hendaklah kamu menjauhkan diri dari berbuat jahat terhadap mereka".
Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah menerangkan tentang persiapan Harakah Islamiyah dengan berkata: "Persediaan adalah persediaan orang-orang yang terdahulu dari kita dan senjata yang digunakan oleh pemimpin besar kita dan ikutan kita Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya dalam memerangi alam ini dengan bilangan yang kecil dan harta kekayaan yang sedikit tetapi dengan pengorbanan yang benar, itulah yang akan menjadi senjata kita untuk memerangi alam ini sekali lagi".
Sesungguhnya mereka adalah golongan yang mendengar seruan orang yang menyeru kepada keimanan lantas merekapun beriman. Kita mengharapkan Allah akan menumbuhkan bibit-bibit kecintaan terhadap iman seperti itu dan kita juga mengharapkan Allah menghiasi hati-hati kita dengan iman itu sebagaimana Allah menumbuhkan bibit-bibit keimanan di dalam hati-hati golongan Islam yang terdahulu. Oleh yang demikian keimanan adalah persiapan kita yang pertama.
Orang-orang yang terdahulu dari kita benar-benar mengetahui dan memahami bahawa dakwah mereka tidak akan mencapai kejayaan kecuali dengan jihad, pengorbanan, penyerahan harta kekayaan dan jiwa raga lantas merekapun mengorbankan diri dan harta benda mereka untuk perjuangan. Mereka berjihad pada jalan Allah dengan sebenar-benarnya. Mereka mendengar seruan Allah yang menyeru mereka: Þõáú Åöäú ßóÇäó ÁóÇÈóÇÄõßõãú æóÃóÈúäóÇÄõßõãú æóÅöÎúæóÇäõßõãú æóÃóÒúæóÇÌõßõãú æóÚóÔöíÑóÊõßõãú æóÃóãúæóÇáñ ÇÞúÊóÑóÝúÊõãõæåóÇ æóÊöÌóÇÑóÉñ ÊóÎúÔóæúäó ßóÓóÇÏóåóÇ æóãóÓóÇßöäõ ÊóÑúÖóæúäóåóÇ ÃóÍóÈøó Åöáóíúßõãú ãöäó Çááøóåö æóÑóÓõæáöåö æóÌöåóÇÏò Ýöí ÓóÈöíáöåö ÝóÊóÑóÈøóÕõæÇ ÍóÊøóì íóÃúÊöíó Çááøóåõ ÈöÃóãúÑöåö æóÇááøóåõ áóÇ íóåúÏöí ÇáúÞóæúãó ÇáúÝóÇÓöÞöíäó Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24) Sebaik sahaja mendengar seruan yang berupa ugutan itu, merekapun terus menyambutnya. Mereka membebaskan diri mereka dari segala sesuatu yang mereka cintai dengan penuh kerelaan hati malahan mereka bergembira dan merasa bahagia dengan janji setia yang mereka berikan kepada Allah. Ada di kalangan mereka yang bertarung dengan maut tetapi masih menyeru: "Maralah menuju Allah dengan tidak membawa sebarang bekalan." Ada juga di kalangan mereka yang mengorbankan seluruh harta benda yang dimiliki dengan berkata: "Aku tinggalkan untuk keluargaku Allah dan rasulNya." Ada juga di antara mereka yang bermadah sedangkan mata pedang sedang berada di atas batang tengkuknya: "Aku tetap tidak peduli Asalkan aku seorang Muslim Biarpun diriku dibunuh mati Untuk Allah kematianku pasti" Demikianlah yang telah terjadi kepada mereka, mereka berjihad dengan jihad yang benar, pengorbanannya besar, penyerahan diri yang sungguh-sungguh dan kita juga akan melakukan demikian (dengan izin Allah). |
![]() | ||||||||
|
|